4/3/13

Kisah Tukang Sembelih Binatang Korban

AlhamduliLLah, hari ni saya rasa cukup gembira tp tak tahu apa sebab sebenarnya. Cuma saya rasa badan ni seakan2 ringan, macam bulu pelepah burung :). Dan ini memberikan saya motivasi untuk postkan sesuatu pada blog saya  ni :), pada hari ini(selaunya malas jer, haha). Mungkin kerana saya ada teringatkan kisah seorang penyembelih binatang korban yang saya baca sebelum ni. Saya tak pastiLah tentang sumbernya, sebab saya dh lupa. Mungkin dari akhbar., metro mungkin. Sebab saya suka baca Harian Metro, byk sangat ceritanya. Fakta, cerita dalam negeri, accident ke, jatuh ke, menang kereta ke, semua ada. Selain tu The Sun dan Kosmo. Yang lain2 tu, tak minat. Content yg mem'boring'kan haha :D. Saya selalunya akan baca akhbar bercetak sahaja sebab saya tak boleh baca yang terpampang kat screen sebab mata saya akan ber'pinar'2 membaca 'karangan' dalam komputer, straight beberapa minit. Memang saya tak akan baca ebook, melainkan saya printkan ebook itu dahulu, :). Tapi, kalau dh ceritanya seronok, biarpun berpinar2 mata saya, ebook 500 page pun saya redah jer baca, keh3 :P.

Okeh, sambung balik cerita penyembelih lembu tadi. Tak silap saya dia ni salah seorang dari 'orang masjid'. Er, maksud saya pak imam atau pak bilal(sebab saya jugak lupa apa kerja beliau tapi kedua2 kerja diatas sangat hampir :|, hm..). Kata beliau, dulu semasa dia mula2 buat kerja mneyembelih ni, dia akan tanya dulu binatang sembelihan tu "mahu ke tak kamu disembelih untuk korban kali ini?". Biasanya 'mereka'2 ini menganggukkan kepala tanda setuju :D, tapi lain pulak ceritanya untuk seekor lembu ni. Lembu tersebut menggelengkan kepalanya(tanda tak setuju? haha :D siapaLah yg suka disembelih). TerkejutLah ustaz tu(owh, beliau mungkin seorang ustaz, sori saya lupa :P).Tapi walaupun lembu itu menggelengkan kepalanya, lembu tersebut tetap disembelih pada tarikh telah ditentukan, kata beliau. Katanya ituLah kisahnya semasa beliau mula2 terbabit dalam aktiviti penyembelihan binatang korban dahulu. Yang pasti, kisah ini memang suatu kisah yang menarik yang membuat saya si pembaca kisah itu pun(walaupun hanya di akhbar) teringat2 sampaiLah sekarang, apa lagi si pencerita kan? :)

Haha, saya boleh jer buat penyembelihan ni(ada la pengalaman sikit2 yg tak seberapa), cuma mungkin lambat sikit la siapnya sebab.. tak sampai hati tengok binatang tu kena 'ambik nyawa'. Tapi apa yang saya pasti agama Islam saya anuti, yg saya pegang sebagai pegangan hidup, is the most beautiful religion that I have ever found. Cara sembelihan menurut Islam, memotong urat2 utama bagi memboleh binatang sembelihan itu mati dengan lebih cepat dan lebih 'selesa'(azab dia macamana saya pun tak tahu :S, Wallahu'alam). Disamping daging binatang tersebut lebih segar, dan lebih tahan lama(darah(yg dh mati Lah) tu yg menyebabkan tak tahan uh). Penggunaan pisau/parang yang tajam WAJIB setiap kali menyembelih binatang kerana ia tidak 'menyeksa' binatang terbabit. Cuba fikir, kita, kalau jadi binatang sembelihan, nak pisau yg tajam atau tumpul?(sori, soalan yg sangat 'dasyat' xD). Tentu sekali yg tajam agar, bila disembelih tidak terasa(dan tidak terseksa, nak mati pun payah, adess).

Pernah saya tengok video2 'mematikan' binatang sebelum dijadikan makanan(daging), video yg bukan Islam la. Serius, memang seksa dan memang inhumane. Bayangkan binatang2 tu, ditikam2 dengan pedang, diketuk dengan penukul, dirobek2 tubuh hidup2, dikapak hidup di kepala, di badan, diatas badan. Saya bersyukur, walaupun orang luar(agama Islam) kata Islam ni huduh, gitu gini huduhnya(biarLah meraka), bersyukur kerana dapat menganuti agama ini, kerana banyak keindahan dalam agama ini yg saya dapat lihat, the best. Dan ini baru sahaja dalam bab sembelihan, how we treat animals, that we want to ‘eat’ them. Kalau binatang yang kita tak makan pun kita treat baik jer, apatah lagi binatang2 sembelihan ni, betul? Haha Ok, saya fikir iniLah endingnya untuk post kali ni. Salah dn silap, harap maaf byk2, sila beri tunjuk ajar. Yang baik hanya dariNya, yg kurang dan buruk datang dari saya. Wassalam..

7/13/12

Sayangnya baginda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiWasallam kepada kita

Sayangnya baginda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiWasallam kepada kita.. Maka sayangiLah baginda..

Published with Blogger-droid v2.0.6

6/6/11

Owh...

Blog ni saya adakan untuk menyampaikan buah fikiran saya sendiri, apa yang saya rasakan, apa yang yang saya nampak dan apa yang dengar... tentang perihal persekitaran saya, masyarakat, negara, luar negara, dunia dan akhirat... Saya bukanLah nak tunjuk pandai, tapi sebagai manusia biasa, kemusykilan itu selalu bermain2 difikiran... dan saya fikir tak salah kalau saya nak, ceritakan dan bincangkan untuk kita sesama manusia... Dan saya harap tiadaLah permusuhan antara saya, ataupun sesama manusia yang lain hanya disebabkan apa yang saya tuliskan dalam blog ini.. Terima kasih :)